Isnin, 11 Oktober 2010

Hidup untuk Orang Lain...

Usiaku telah mencecah 34 tahun, namun semenjak beberapa bulan ini aku seolah-olah baru tersedar daripada lamunan bahawa kehidupan ini akan menjadi lebih bahagia dan ceria apabila hidup kita ini adalah untuk orang lain. Walau apapun aku cukup berterima kasih kepada sifu aku YM Raja Ismail Bin Raja Shahadan salah seorang perunding motivasi  dan juga Pengerusi anak Yatim Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana dalam ceramahnya menerobos mata hati telah membuka mata hatiku untuk lebih banyak membantu orang lain membuat kebajikan untuk orang lain...daripada situ lah aku akan mendapat BAHAGIA.

Baru-baru ini aku telah ke majlis sambutan hari raya yang dianjurkan oleh Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Afzan Kuantan, apa yang menarik perhatian dan suka dikongsi bersama adalah apabila aku dapat melihat taska untuk baby dan kanak yang berumur dalam lingkungan 1 tahun lebih..apabila aku melangkah masuk sahaja aku cuba menahan air mataku, Ya Allah comelnya kanak-kanak ni dan dibenakku terlintas persoalan "sanggup ibu dan ayah mereka biarkan, buang dan hantar mereka kesini?". Ini adalah kerana kebanyakannya mungkin tidak mampu untk menjaga , mengasuh dan ada juga baby yang dibuang dan ditempatkan disini..namun aku rasa cukup seronok bersama mereka. Taska ini sebenarnya salah satu kawasan larangan tetapi kami kesana untuk menghantar sumbangan jadi kami ambil peluang untuk mendekati mereka. Dalam ramai-ramai baby itu aku terpandang seorang baby yang comelnya dan matanya asyik memandang ke arah ku...dan dia akan menegur setiap kali aku melintasinya, jadi aku menghampirinya dan cuba untuk bermain denganya dia sungguh seronok dan tersenyum. Selepas itu aku pergi melihat baby yang lain dan bila masa tamat aku nak melangkah keluar aku terdengar suara baby tadi seolah  olah memanggil aku, jadi buat kali terakhir aku angkat baby tersebut dan menciumnya apa yang menjadi aku sebak adalah baby tersebut menitiskan air mata sedangkan pada ketika itu dia tidak menangis. Aku tidak tahan menahan air mata akhirnya aku kalah dan menitiskan juga air mata dan di lubuk hatiku berkata bahawa baby ini seolah-olah gembira ada insan yang mengangkat serta memeluknya dan cuba memberikan kasih sayang walaupun sedikit. Apbila aku meletakkan baby tersebut tiba-tiba aku merasakan seluraku ditarik dan ada suara yang memanggil "mak...mak". alangkah terkejutnya apabila melihat seoran kanak kanak dalam lingkungan 1 tahun lebih memanggil ku dan ingin bersalam dengan ku. Bila aku hulurkan tangan dan berkata "amin" dia salam dan memegang erat lalu mengajak aku keluar dan dengan nada bergurau aku berkata "mari ikut pakcik balik" tank disangka-sangka kanak kanak tersebut keluar...nasib baik teman teman aku ada diluar. Aku panggil semula dia masuk dan aku kata "lain kali pakcik datang" dan kemudian kanak kanak lain datang untuk bersalam denganku...seronok rasanya bila bersama mereka tapi bila aku nak melangkah keluar kanak-kanak yang pertama bersalam dengan ku besalam sekali lagi dan raut wajahnya seolah olah ingin mengikut aku pulang..walaupun seketika tapi aku merasakan sangat gembira dan bahagia.
Aku berkongsi cerita ini dengan isteri dan anak-anak ku, mereka menitiskan air mata tapi yang paling menarik adalah anak sulung ku Aisya (6 tahun) berkata " ayah kerja kuat-kuat kalau syarikat ayah kaya kita ambil semua jadi anak angkat biar kakak jaga..."
seronok rasanya...belajarlah hidup untuk orang lain...buat teman teman ku yang meraikan anak-anak yatim baru baru ni syabas..semoga apa yang kita lakukan akan diteruskan kerana kita adalah apa yang kita lakukan...